Thursday, June 19, 2008

Kisah Sedih Artis-Artis Malaysia

BIENDA KINI BERTARUNG NYAWA

SEJAK hujung tahun lalu dadanya sering saja sakit. Mulanya dia menyangka ia sekadar sakit biasa sebaliknya penyanyi nasyid Bienda terpaksa menerima hakikat dia menghidap sakit jantung berlubang. Mujurlah ia dapat dikesan pada peringkat awal ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta baru-baru ini. Bagaimanapun ketika doktor pemeriksa degupan jantung Bienda, bunyinya seakan berbeza menyebabkan dia diarah merujuk kes berkenaan ke hospital.

Mungkin sudah takdir, akhirnya Bienda atau nama sebenarnya Norrazlinda Razli, 22, terpaksa menerima hakikat terdapat lubang sedalam 25 milimeter pada bahagian kiri jantungnya. Lebih mengejutkan, pihak hospital memaklumkan peruntukan untuk melakukan pembedahan jantung itu memerlukan kos sekitar RM50,000. Mana hendak dicari duit sebanyak itu? Persembahan pentas pun bukannya ada. Itulah nasib mereka. Hendak meminta malu tetapi jika tidak berbuat demikian bimbang penyakit itu akan melarat.

Mungkin sudah rezeki dari Tuhan, beban itu dapat juga dikurangkan apabila Pergerakan Pemuda UMNO pada 2 Januari lalu memaklumkan kesediaan mereka menghulurkan sumbangan RM25,000. Melalui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu berusaha mendapatkan peruntukan itu, paling tidak kedua-dua beranak tersebut mampu juga menarik nafas lega.
Dipetik daripada Utusan Malaysia: 6 Januari 2008
Alhamdulillah. Kini Bienda telah pun sembuh

FINAS SUMBANG RM10,000 BANTU M.RAJOLI


Pelakon M. Rajoli yang kini menjalani rawatan kemoterapi dan fisioterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya, menerima sumbangan RM10,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hospital Ampang, di sini hari ini.

Sepanjang berada di Hospital Ampang, M. Rajoli akan menjalani rawatan kemoterapi selain rawatan beberapa penyakit lain termasuk kencing manis, darah tinggi dan asma. “Setakat ini, suami saya baru dua kali menjalani kemoterapi. Rawatan susulan akan dijalankan seterusnya tidak lama lagi. Setiap rawatan kemoterapi menelan kos RM3,000,” katanya. Pada 14 November lalu, M. Rajoli menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 daripada Persatuan Karyawan. Karyawan juga bersetuju memberi imbuhan RM500 sebulan seumur hidup kepada pelakon itu menerusi Skim Pencen yang diwujudkan oleh persatuan tersebut.
Dipetik daripada Utusan Malaysia: 21 November 2007
Semoga beliau semakin sembuh

INI SEMUA DUGAAN ALLAH - YUSNI

“Ini semua dugaan dan ujian Allah pada ibu. Dia Maha Penyayang. Ibu terima semuanya ini dengan hati yang reda’’. Itulah bait tutur yang mampu diluahkan oleh seniwati Yusni Jaafar ketika Mega mengikuti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melawatnya di Hospital Selayang, Selangor, baru-baru ini.

Melihatkan tubuh Yusni yang hanya terbaring di atas katil, hati setiap mereka yang melawatnya pasti diselubungi perasaan sedih dan sayu. Manakan tidak, tatkala diajukan soalan mengenai keadaan diri, Yusni jelas seakan-akan mahu menyembunyikan penderitaan yang ditanggung di sebalik lantunan nada serak.

Namun, hakikatnya, ibu kepada Raja Iskandar, 41; Raja Ema, 39; Raja Izat, 37; Raja Emey, 30, dan Raja Erna, 23, itu kini cukup derita akibat penyakit hati serta buah pinggang. Di samping itu, Yusni yang dimasukkan ke hospital sejak 31 Januari lalu turut menanggung seksa penyakit kencing manis.
Dipetik daripada Utusan Malaysia: 14 Februari 2008
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Yusni Jaafar yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 April 2008


SUDIRO - TABAH KETENTUAN ILAHI

MASIH ingatkah lagi dengan dramatis yang begitu sinonim dengan watak Tapa dalam siri popular Rumah Kedai yang pernah ditayangkan sepanjang Ramadan di TV3 tidak lama dahulu? ‘Tapa’ yang dulu berbadan gempal, kini sudah kurus dan cengkung. Inilah realiti yang terpaksa diterima setulusnya oleh ‘Tapa’ atau nama sebenarnya Sudiro Sukirman, 48, yang mengidap pelbagai jenis penyakit. Katanya, dia mula mengidap penyakit kencing manis ketika berkhidmat dengan TV3 sebagai Penolong Penerbit Bahagian Hiburan dari tahun 1995 hingga 2005.Sudiro juga pernah bertugas sebagai penulis skrip di Grand Brilliance Sdn. Bhd.

“Nasib baik sakit buah pinggang saya tak sampai tahap teruk lagi. Doktor kata, lagi dua peratus kalau tak jaga betul-betul memang kena dialisis," katanya yang perlu menyediakan RM1,000 setiap bulan untuk membiayai perubatannya.
Sudiro kini tinggal di Selayang, Kuala Lumpur bersama adiknya, Sumini Sukirman, 42. Kata Sudiro, dia terpaksa makan enam jenis ubat termasuk ubat jantung dari Institut Jantung Negara (IJN) yang bernilai RM250. “Kadang-kadang bila makan banyak sangat ubat, kulit pun mengelupas, mungkin sebab panas,” kata Sudiro yang mengakui berpantang makan makanan pedas dan juga ikan kembung.

Sudiro kini bertugas sebagai pengajar Teater Boneka di Universiti Malaya (UM) dan juga sering mendapat undangan membuat pertunjukan boneka di sekolah-sekolah. Selain itu, Sudiro juga menulis skrip untuk menampung perbelanjaan rawatannya. “Skrip terbaru saya ialah Bawang Kecil Bawang Besar,” kata Sudiro.
Dipetik daripada Utusan Malaysia: 11 Oktober 2007
Al-Fatihah untuk Allahyarham Sudiro Sukirman yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Oktober 2008

AZEAN PERLUKAN RM90,000


Sudah dua minggu aktres Azean Irdawaty selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudaranya dan aktres itu sudah disahkan semakin sihat, malah tidak sabar untuk bersama dengan karyawan lain ke Festival Filem Malaysia di Pulau Pinang awal Ogos nanti.

Apa pun, di sebalik senyuman riang Azean itu ‘tersembunyi’ sesuatu. Pelakon versatil berusia 57 tahun ini sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos rawatannya. Kos rawatan penyakit kanser memang agak tinggi. Kimoterapi saja, sebanyak RM42,000 diperlukan Azean bagi enam sesi rawatan yang dijalani di Hospital Pakar Damansara pada 18 Julai lalu.

Kos berkenaan belum termasuk rawatan radioterapi yang akan dilakukan di hospital di Nilai. “Selepas mengambil kira semua perkara saya memerlukan kira-kira RM90,000,’’ katanya dalam senyum yang gundah.

Bagaimanapun, setakat ini sebanyak RM33,000 berjaya dikumpulkan. Ia hasil sumbangan diperoleh Azean daripada saudara, rakan, persatuan dan pihak yang prihatin pada dirinya. Azean mungkin kacau dan risau sebab untuk mendapatkan kos sebanyak itu bukannya mudah. Ambil masa dan tenaga, tetapi masalahnya dalam keadaan sekarang dia tidak boleh bekerja untuk mencari wang.
Dipetik daripada Utusan Malaysia: 22 Julai 2007
Alhamdulillah. Kini Azean Irdawaty semakin pulih


CUBA RENUNGKAN SEJENAK


Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
Apa perasaan anda apabila membaca kisah-kisah sedih artis kesayangan anda ini?
Nasib mereka sudah ditentukan sebegitu, nasib anda bagaimana pula?
Apa persediaan anda jika perkara-perkara sebegini terjadi kepada diri sendiri, ibu, bapa, isteri, suami, anak-anak atau ahli keluarga anda yang lain?
Mahal bukan kos rawatan perubatan? Mampukah anda menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk membiayai kos rawatan perubatan?

SEJAUH MANA ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PERKARA-PERKARA SEBEGINI?

Anda BERNASIB BAIK kerana berpeluang membaca artikel ini. Kami bersedia untuk MEMBANTU anda menghadapi situasi-situasi sebegini. Hanya ada SATU cara untuk menghadapi perkara-perkara sebegini sekiranya ditakdirkan berlaku terhadap diri dan keluarga anda iaitu dengan memiliki polisi INSURANS atau TAKAFUL.

Jadikan Kisah Sedih Artis-Artis Malaysia yang baru anda baca sebagai panduan dan iktibar. Mungkin salah kami kerana tidak berkesempatan untuk bertemu mereka sewaktu mereka masih SIHAT dan menolong mereka disaat mereka benar-benar memerlukannya.

Terlalu ramai orang di luar sana yang perlu kami temui setiap hari. Hakikatnya ada 15 juta rakyat Malaysia yang belum mempunyai perlindungan insurans atau takaful dan anda adalah sebahagian daripada statistik ini.

Bertindaklah SEKARANG, JANGAN BERLENGAH LAGI. Kami tidak mahu kisah sedih artis-artis ini BERULANG pada diri anda dan keluarga.

INGAT!!! INSURANS HANYA BOLEH DISERTAI KETIKA ANDA MASIH SIHAT SAHAJA, BILA SUDAH SAKIT, TIADA INSURANS YANG BOLEH ANDA SERTAI.


Wednesday, June 18, 2008

Andai Ku Tahu....

Bukti Pembayaran Tuntutan

Kes 1
Tuntutan Penyakit Kritikal
Umur 32 Tahun , Penyakit Leukemia
Jumlah Tuntutan : RM50,000


Kes 2
Tuntutan Penyakit Kritikal
Umur 44 Tahun, Penyakit Jantung
Jumlah Tuntutan : RM30,000
Kes 3
Tuntutan Penyakit Kritikal
Umur 35 Tahun, Penyakit Kanser Usus
Jumlah Tuntutan : RM40,00
Kes 4

Tuntutan Manfaat Kematian
Umur Anak 17 Tahun, Penyakit Buah Pinggang
Jumlah Tuntutan : RM22,434.58

Kes 5
Bil Hospital
Umur 24 Tahun, Demam Denggi
Jumlah Bil : RM 2,785.60




Prudential tanggung RM2,420.60, Client bayar RM365.00 (ko-takaful RM300, RM65 lagi tu amount not entitled). Claim Hospital Benefit, RM200 sehari. Client masuk wad 6 hari, so dapat RM1,200.






Tuesday, June 17, 2008

Statistik Penyakit Kritikal Di Malaysia


Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)

  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
    Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.

  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.

  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.

  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.


Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.


Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.

Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.





Empat penyakit dalam satu

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my


KENCING MANIS, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:

l Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

l Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis:

l 55 peratus kematian kerana komplikasi jantung

l 13 peratus kes kematian kerana paras gula tidak terkawal

l 13 peratus kes kematian kerana kanser

l 19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Namun, komplikasi kematian akibat kencing manis boleh dibendung. Ini didapati daripada kajian klinikal terbesar, ADVANCE anjuran syarikat farmaseutikal Servier yang membabitkan pesakit kencing manis di seluruh dunia.

Kajian dilakukan untuk menjawab beberapa isu yang belum diselesaikan berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes mellitus, iaitu jenis kencing manis yang dihidapi pesakit dewasa.

Antara keputusan dalam cabang yang mengkaji penurunan tekanan darah menunjukkan gabungan komposisi tetap ubat perindopril dan indapamide iaitu rawatan untuk hipertensi (tekanan darah tinggi), dapat meningkatkan kelangsungan hidup dan mengurangkan masalah jantung dan buah pinggang dalam pesakit kencing manis.

Gabungan ubat yang diberi mencatat pengurangan ketara terhadap jumlah kematian keseluruhan (sehingga 14 peratus) dan risiko kematian akibat penyakit jantung (sehingga 18 peratus).

Dalam perkataan mudah, dalam tempoh lima tahun kajian, satu kematian dapat dielakkan untuk setiap 79 orang pesakit yang dirawat dengan gabungan rawatan perindoril dan indapamide.

Selain itu, risiko berlaku kejadian membabitkan jantung berkurang sebanyak 14 peratus dan 21 peratus bagi kejadian penyakit buah pinggang. Ini bermakna, satu kejadian koronari dapat dielak untuk setiap 75 pesakit yang diberi rawatan ini.

Kajian ADVANCE dilakukan secara rawak di pelbagai pusat membabitkan 11,140 pesakit kencing manis di 215 pusat dari 20 negara di Asia (termasuk Malaysia), Australasia, Eropah dan Amerika Utara; iaitu negara yang mengalami masalah kencing manis serius.

Di negara kita, kajian dilakukan di lima pusat iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Besar Ipoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Besar Pulau Pinang.

Pemilihan pesakit untuk kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria, iaitu berumur melebihi 55 tahun dan ada sejarah komplikasi penyakit makro dan mikro vaskular dalam tempoh tahun sebelum menyertai ujian, menunjukkan tanda faktor risiko lain serta menghidap hipertensi atau tekanan darah normal.

Kajian itu membabitkan empat cabang untuk menyelidik fungsi jantung dan mata selepas gabungan medikasi, keberkesanan kos dan kualiti kehidupan dan faktor genetik.



Tuesday, June 10, 2008

Contoh Proposal Pelan Takafulink

Berikut adalah penerangan berhubung Pelan Takafulink. Penerangan ini adalah berdasarkan peserta dengan maklumat seperti berikut:

1. Wanita
2. Berumur 26 Tahun
3. Kelas Pekerjaan 1
4. Tidak Merokok
5. Caruman bulanan RM200

Penerangan Proposal Pelan Takafulink

1. Basic/TPD - Manfaat Kematian Atau Hilang Upaya Kekal.Perlindungan sehingga umur 80 tahun. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, waris atau peserta akan mendapat manfaat sebanyak RM150,000

2. Crisis Shield - Manfaat Penyakit Kritikal.Perlindungan sehingga umur 80tahun. Jika peserta disahkan mendapat salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, peserta akan menerima RM50,000

3. ADD - Manfaat Kemalangan dan Kematian Akibat Kemalangan.Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Jika peserta meninggal dunia akibat kemalangan, manfaat kematian adalah sebanyak RM220,000 (Basic + ADD). Jika kematian akibat kemalangan semasa menaiki kenderaan awam di darat, manfaat kematianadalah RM290,000 (Basic + (ADD) x2). Jika kemalangan mengakibatkankehilangan anggota badan boleh claim sehingga RM70,000.

4. MMC100 - Major Medical Cover / Kad Perubatan Takaful MediAssist.Perlindungan sebanyak RM150,000 untuk rawatan di hospital panel. Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Had maksimum sehingga umur 70 tahun adalah RM150,000 tertakluk kepada had RM50,000 setahun. Tertakluk kepada10% ko-takaful (min RM300, maksimum RM1,000)

5. Disability Provider - Manfaat Hilang Upaya.Perlindungan sehingga umur 60 tahun. Jika peserta hilang upaya sebelum umur 60 tahun, kami akan membayar sebanyak RM5,000 tiap-tiap tahun sehingga umur 65 tahun.

6. Hospital Benefit - Manfaat Hospital.Elaun hospital sebanyak RM200 sehari. Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Jika peserta dimasukkan ke wad, beliau akan menerima elaun sebanyak RM200 sehari.

7. Weekly Indemnity - Manfaat Hilang Upaya Sementara.Perlindungan sebanyak RM100 seminggu sehingga umur 70 tahun. Jika peserta ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja (MC), peserta akan menerima elaun sebanyak RM100 seminggu.

8. Contributor - Manfaat Pembayar RM2,400 p.aPerlindungan sekiranya peserta mendapat Penyakit Kritikal, peserta TIDAK PERLU membayar lagi caruman bulanan sehingga umur 80 tahun. Tetapi masih boleh menggunakan Medical Card dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga umur 70@80 tahun.

Berdasarkan quotation ini, jumlah simpanan selama 30 tahun (umur 56 tahun) adalah sebanyak RM76,436 (rujuk m.s 3, Total Surrender Value). Duit ini boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan syarat jumlah Total Surrender Value telah melebihi RM4,000. Contohnya jika Total Surrender Value ada RM10,000, peserta boleh mengeluarkan RM6,000. RM4,000 mesti ditinggalkan di dalam akaun simpanan.

Untuk penggunaan Medical Card, protection akan berkuatkuasa selepas 30 hari dari tarikh penerimaan oleh Prudential. Bagi kes kemalangan, protection adalah serta merta selepas penerimaan. Protection sepenuhnya untuk Penyakit Kritikal adalah selepas 120 hari.

Diharap penerangan ini memuaskan, sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 5, 2008

Kita Bukan Isteri Perdana Menteri....




Kita bukan isteri perdana menteri....
Kalau kita isteri perdana menteri,
Kita tak perlu takut sbb semua free
Sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi
kanser di Los Angeles, US
Ratus - ratus ribu, high class facilities,
Kerajaan tanggung in and out,
Buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Endon,

Kita bukan Azean Irdawaty,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro,
Utusan dan macam2 mintak derma,
Masuk TV3 mintak ringankan beban,

Mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000,
orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000,
banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena
mintak derma lagi.....

Gaji you + husband ada RM180,000 setahun ?
RM100,000? RM 30000 ?

Alahai sedihnyer....
Kanser tak pilih bulu,
Hari ni sihat,bulan depan tengok2
kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1 dari 19 wanita menghidap kanser
setiap tahun ????
Bila giliran kiter agaknyer ??

Hospital kerajaan yang macam pasar
basah tu boleh setel cepat ker?
Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran
Hospital Kerajaan dan Swasta setanding....
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,
Kes elektif mcm kanser atau jantung,
atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat?
sbb kita bukan isteri perdana menteri....
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah,
bisnes tetap bisnes,

RM 20 000, buat kimo sajer,
satu cycle jer, tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah,
ada yang bergadai tanah,

Kos rawatan + kos sara hidup
(dah sakit tak bleh p kerja dah...)
Boleh cecah RM 100 ribu..
ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup +
kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?

Simpan RM 200 sebulan di ASB pun
10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful,
esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik
Modal + Investment...
Ni pun tak boleh paham ker ?

Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut,
mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh,
RM 1500 pun takper, asal bergaya,
beli emas ribu - ribu sanggup,
tapi nak bayar 5% dari gaji bulan utk
kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,

kalau ada RM 150 000
dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan,
RM 150 000 kena guna,
habis lah duit you,
kene kumpul balik….
kan ker baik kalau orang lain
bagi RM150,000 utk kecemasan,
Mahal? RM200 mahal?
RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????

Orang Cina bila dapat 1st gaji
diorang tak plan nak beli kereta Honda,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji
terus plan nak beli kurang2 Waja,

Orang Cina bila dapat 1st gaji,
diorang pikir Investment,
pikir Insurance,

Orang Melayu bila dapat 1st gaji
diorang pikir nak pakai kereta aper,
sport rim 17 inci wajib,

Perancang kewangan kater, utk kereta
tak lebih 12% dari gaji bulan,
Gaji RM 2500 sebulan, patut beli
kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan,
Wira second ok la..kenari second ker..
utk permulaan.....

Tapi… ramai tak ikut..
gaji RM 2500, beli kereta Honda City
RM 600/sebulan.....24% dah tuh..
Perancang kewangan kater,
60% gaji utk hutang + perbelanjaan,
40 % utk investment + dana persaraan + insurance,
Orang melayu 99% gaji utk hutang +
belanja sara hidup... 1 % utk simpanan...
Beraper kerat jer orang melayu ada
RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kera,

Bila orang suruh beli takaful / insurance.....
mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
pakat2 la betulkan kedudukan
kewangan korang semua....

Orang Kerajaan berlagak,
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu….
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper
mintak derma mcm maner?

Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari
hospital swasta utk rawatan,
kat US lagi tuh,

Pegawai jabatan jer? clerk jer?
Pegawai sains jer?
Ketua Jabatan? Pensyarah?
Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik
buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan,
mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat,
tahun depan pun ada nak dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti......

Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
Konon - konon Multi Nasional Company...
Majikan Cover la katakan...
Berapa ribu beb ?
Sampai bila beb ?
Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak pi kerja
Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn
habis takdak coverage dah...

86% warge tua melayu sekarang
tiada coverage insurance..
golongan ni berada di tahun akhir
1970an dan 1980an...

tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous
di kalangan orang melayu, haram...
sekarang ada satu pilihan jer lah...
hospital kerajaan...
kalau nak ke hospital swasta...
kena cari dana sendiri...EPF?
Untuk persaraan pun tak cukup
inikan pula nak tanggung medical...

Sekarang banyak company besar2
beroperasi di Malaysia,
Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan
masih sudi beroperasi di Malaysia,

Bisnes is bisnes,
bukan badan kebajikan atau welfare...
kalau kos operasi dah mahal...
pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55?
Besar belanjer nyer beb..
itu pun kalau layak...

Majikan paling besar dalam Malaysia..
adalah Kerajaan Malaysia,
Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..
tak bungkus...
walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..
takper.. Majoriti mudah dalam tangan...

Alahhhh...kalu PAS ker PKR ker
perintah Malaysia pun,
kerajaan tetap jalan mcm biasa...

Kerja Kilang besar mana pun,
risiko nak bungkus tetap ada,
US dah meleset,
Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya...
Kat Malaysia pun
operator kilang Melayu dah skit…
berlambak Bangla, Vietnam , Nepal... murah...
Sikit hari lagi, depa pakat – pakat
pindah Operasi pi Bangla...
Hampa ternganga....
Tu pun masih tak sedar diri lagi..

IKM-HUKM Hospital yg terbaik
dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih…
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2
akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar,
atau bayar seminimum yg mungkin,
Ada yang kena bayar 100%..
bagi yang ada coverage insurance,
atau TOKEY KILANG,
Boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
Cukup la loan rumah, loan kereta
dah beban dah.....

Kebarangkalian nak jatuh dalam
GROUP tak payah bayar sangat lah rendah..
Second group kena bayar skit.
skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ?
Tengok kes ler...So, are we hoping for the luck
to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja...
boleh bayar bulan - bulan aper ....

Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed,
Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit,
stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
Jahanam satu tayar,
ada lagi satu tyre spare..

Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan,
pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang,
pegi la hospital swasta nak cepat...
(dengan coverage insuranse la yer...)

Kanser bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang
taktau nak cakap ler sedihnyer,
Kesian anak2...

Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..
Wow.. RM 5000
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..
dah la tak cukup...
nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans.....
masuk paper ler mintak derma..
tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,

Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer
Kalau dah sampai ajal, pergi jua...
Sekurang2nya kita mencuba,
dapatkan rawatan terbaik,

Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
Sbb lambat dapat rawatan...
Why lambat ? tak der duit..

Suami-suami yang menyayangi isteri...
Isteri - isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan nih,
bincang - bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri...
Takkan isteri nak beli untuk suami..
Apa2 pun bolehlah...

Nasihat saya...
Takaful atau Insurans ..
hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN,
Hanya orang yang SIHAT je ..
boleh beli insurans atau takaful…
You mampu bayar RM 500 sebulan pun,
Bila dah SAKIT, orang tak pandang dah,

Nukilan ni bukan nak perli saper2,
Just nak bukak minda jer,
Mintak maaf kalau ada yang teraser,
Sementara sihat, eloklah beringat..

Bila dah sakit...
Wallahulalam....

Ingat.....Kita bukan isteri mana - mana Perdana Menteri...
hatta Menteri sekali pun...

Karya diatas adalah hasil nukilan:
En. Yuzairi Yunus
zairi_takaful@yahoo.com

Wednesday, June 4, 2008

Pelan Takafulink


The truth about life is that needs change with time. And as needs change, so do priorities. The problem is getting your financial arrangements to change in response to life's changing priorities. Prudential BSN's (PruBSN) Takafulink Plan is a Shariah-compliant investment-linked family Takaful plan that is designed to overcome life's uncertainties by putting you in control of your life with total flexibility. By adhering to the values you believe in, it also puts you in control of your way of life.
How Does the Takafulink Plan Work for Me?

For Your Protection

We'll help you plan the level of protection suitable for you by guiding you through all elements of the Takafulink plan.

Basic Benefits Death

The sum covered and the remaining value in Participant's Unit Account (PUA)* and Individual Special Account (ISA)** will be paid should death occur.
*PUA is the account where units are allocated, depending on the amount of linked contribution paid.

**ISA is the account where supplementary benefit contributions are allocated.

Total and Permanent Disability (TPD)

The sum covered will be paid should TPD occur before the age of 60 while the units in your PUA and the value in your ISA will remain in your account.


Optional & Supplementary Benefits
Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement
Provides accident benefits to supplement your main protection plan.

Medical Cover
Provides fixed cash payments for Hospitalisation Assistance, Intensive Care Assistance and Surgical Procedure Assistance, in the event of hospitalisation due to illness or injury.

Major Medical Cover
Provides medical cover for Hospital and Surgical and Outpatient Treatment Benefits in the event of hospitalisation or out-patient treatment due to illness or injury. This also includes Emergency Medical Assistance.

Hospital Benefit
Provides daily cash assistance in the event of hospitalisation.

Disability Provider, Crisis Cover Income
Provides annual payable benefit in the event of TPD or critical illness before age 60.

Crisis Shield
Provides protection against a critical illness, ready for when you need it most.

Weekly Indemnity
Provide weekly cash assistance if a participant becomes temporarily disabled due to accidents.

Contributor
Pays an annual benefit in the event of critical illness. Payment will cease upon death of participant.

Spouse or Parent Contributor
In the event of death, TPD before age 60 or diagnosis of critical illness on the spouse or parent of participant, the benefit will assist the participant with future contributions to the Takaful plan. Payment of annual benefit will cease upon death of participant or upon reaching age 60.

Pelan Takafulink Cerdik

Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun begitu, kos pendidikan di Universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup ini yang sukar diramalkan bermakana peruntukan mesti dibuat demi memastikan pendidikan anak anda tidak terjejas. Ketika itu barulah anda yakin bahawa anda juga telah memberikan mereka hadiah yang kekal sepanjang hayat. Tiada pelan lain yang mampu melakukan selengkap atau semudah Takafulink Cerdik education plan. Itulah sebabnya ia merupakan pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.


Lindungi pendidikan dan kesejahteraan masa depan anak anda

Takafulink Cerdik education plan adalah berkaitan pelaburan berpremium tetap yang matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun. Pelan ini bukan saja memberi perlindungan terhadap pendidikan dan kesihatan anak anda, malah ia juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah.

Kini, anda boleh memberikan dua hadiah paling bernilai kepada anak anda – pendidikan dan perlindungan – melalui satu pelan yang paling inovatif dan kombinasi cirri-cirinya yang unik.


Untuk ibubapa yang mempunyai polisi, mereka boleh menyesuaikannya sepertimana yang difikir wajar demi kebaikan anak-anak mereka.


Kad Perubatan Takaful MediAssist



Kebenaran Tentang Penghospitalan

Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.

Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka.

Namun, mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital.

Adakah anda tahu bahawa kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital? Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjut, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan oleh jururawat di rumah.

Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.

Bayangkan anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda untuk dimasukkan ke mana-mana hospital panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital. Hebat bukan?

Apakah MMC?

MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama pelan takaful anda:

1. Had Tahunan Yang Tinggi
2. Kebebasan Memilih Hospital-Hospital dan Doktor-Doktor
3. Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia
4. Perkhidmatan Hospital Rangkaian Di Hospital Tertentu
5. Jadual Pembedahan Tanpa Sekatan
6. Manfaat Yang Termasuk Cukai Perkhidmatan
7. Rawatan Sebelum Masuk Dan Selepas Keluar Hospital
8. Penjagaan Jururawat Di Rumah
9. Pembedahan Balik Hari
10. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Untuk Kecederaan Akibat Kemalangan
11. Rawatan Pesakit Luar Bagi Penyakit Barah Dan Dialisis Buah Pinggang
12. Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa Dan Tempatan

Sebagai tambahan, anda akan diberi kad Takaful MediAssist, yang memberi perkhidmatan 24 Jam, di seluruh dunia dan Bantuan Perubatan Kecemasan.

Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta eksklusif di seluruh Malaysia.

Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan bagi akibat-akibat lain.


PRUlady

Takaful Saver


A regular contribution investment-linked family takaful riders for investment purpose only where contributions (after deducting upfront wakalah charge) will be used to purchase units in the Investment Unit Account (IUA).

For as little as RM 10 a month, you can add on Takaful Saver supplementary benefit to enable you to buy more units. Takaful Saver does not have any takaful cover and 95% of the contribution is allocated to buy units.

The contribution direction into selected investment funds will follow Takafulink contribution direction i.e. participants are not allowed to decide a different contribution direction for Takaful Saver.

We also provide Supplementary Benefits riders along with Takaful Saver which is:

Takaful Saver Contributor
Pays an annual benefit (Takaful Saver contribution) in the event of critical illness. Payment will cease upon death of participant.

Takaful Saver Parent Contributor or Takaful Saver Spouse Contributor
In the event of death, TPD before age 60 or diagnosis of critical illness on the spouse or parent of participant, the benefit will assist the participant with future contributions to the Takaful Saver. Payment of annual benefit will cease upon death of participant or upon reaching age 60.

Takafulink Fund
Choose the Shariah-approved Takafulink funds that suit your investment needs and risk tolerance.

Takafulink Dana Ekuiti
• Aims to maximise returns over medium to long term by investing in high quality Shariah-approved shares listed on the Bursa Malaysia.
• For participants with high risk tolerance and medium to long term investment horizon.

Takafulink Dana Bon
• Aims to provide medium to long term accumulation of capital by investing in selected Shariah-approved securities
• For participants with low to moderate risk horizon and medium to long term investment horizon.

Takafulink Dana Urus
• Is a managed fund that seeks to maximise returns over medium to long term. This is achieved by investing in Shariah-approved shares and securities through Takafulink Dana Ekuiti and Takafulink Dana Bon and in any other such Takafulink funds that may become available in the future.
• For participants with moderate to high risk tolerance and medium to long term investment horizon.

Who can take up Takaful Saver?
Anyone between 18 and 60 years old can take up this rider. You can also take up this rider for your child who is under 18 years of age.

What are the charges?
1. Wakalah Charge of 5% of the contribution for commission and distribution related expenses.
2. Asset Management Wakalah Charge:
Takafulink Dana Bon
0.5% per annum

Takafulink Dana Ekuiti
1.5%per annum

Takafulink Dana Urus
1.3% per annum
(Subject to revision in the future)
The charges are levied daily based on the corresponding IUA fund value and reflected in unit price.

3. Switching fee is set at 1% (Subject to maximum of RM50) for any subsequent switch within the year.


36 Jenis Penyakit Kritikal

1. Serangan Penyakit Jantung
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Kelumpuhan /Paraplegia
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
9. Hepatitis Virus Fulminan
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Percakapan
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Kronik
24. Penyakit Paru-paru Kronik
25. Anaemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Eusefalitis
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya (Full Blown AIDS)
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom ‘APPALIC’
35. Kecederaan Kepala Utama
36. Kehilangan Anggota Badan

Panel Hospital PruBSN

Perlindungan Insurans Menjamin Masa Depan

PERLINDUNGAN yang betul pasti memberikan jaminan yang memuaskan, khususnya untuk masa depan yang tidak dapat dijangka. Bukan saja perlindungan untuk mental dan emosi, malah pada zahirnya membabitkan fizikal yang memerlukan sedikit pengorbanan dalam aspek kewangan.


Di Barat, insuran memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakatnya. Tetapi, di rantau ini khususnya Malaysia, masyarakat sering kali memberi pelbagai alasan bagi mengelak daripada menyertai skim insuran yang ditawarkan.


Bagi mereka yang sudah memulakan kerjaya, perlu mempunyai insuran untuk perlindungan diri sepanjang hayat bagi memastikan masa depan terjamin. Bagaimanapun, kebanyakannya sering berfikiran mereka tidak perlu membeli insuran kerana pembayaran yang dilakukan satu pembaziran memandangkan usia yang masih muda. Pemikiran seperti ini perlu diubah, terutama zaman sekarang yang penuh dengan cabaran. Letakkan perumpamaan ‘malang tidak berbau’ dan ‘sediakan payung sebelum hujan’ adalah cara terbaik berfikir. Selain itu, pendidikan juga amat penting dalam memberi pengetahuan mengenai kepentingan insuran.


Kajian sebelum ini mendapati punca utama kematian di negara ini ialah penyakit jantung, strok dan barah. Sepanjang 2002 saja, sebanyak lebih 45,000 pesakit dikesan menghidap barah dan ia dikesan semakin meningkat dari lima peratus kepada 10 peratus setiap tahun .


Kebarangkalian bagi seseorang itu diserang penyakit atau mengalami kemalangan tidak mustahil kerana apa saja boleh berlaku. Sehubungan itu, katanya, adalah wajar bagi kita melakukan persediaan supaya dapat memastikan kehidupan masa depan dilindungi sebaik mungkin.


Kita juga tidak boleh mengatakan tidak akan diserang penyakit kronik mahupun terbabit dalam sebarang kemalangan. Faktor itu perlu dikikis daripada minda, apa tah pula rawatan disediakan untuk kes tertentu seperti penyakit kronik memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sekurang-kurangnya dengan memiliki insuran, kehidupan lebih terjamin kerana masalah kesihatan turut termasuk dalam perlindungan disediakan.


Kecanggihan teknologi moden membolehkan seseorang itu menerima rawatan yang lebih baik, sekali gus memberi peluang untuk menikmati kehidupan lebih bermutu. Bagaimanapun, lazimnya rawatan sebegitu menelan perbelanjaan yang tinggi terutama jika dilakukan di luar negara. Malah, rawatan di negara ini juga tidak kurang mahalnya selepas mengambil kira belanja rawatan, kemasukan hospital dan penjagaan profesional.


Masyarakat daripada semua peringkat usia sangat memerlukan skim insuran. Bukan saja dilindungi apabila diserang penyakit, malah skim insuran yang diambil dengan betul mempunyai banyak kebaikan antaranya seperti melindungi kos rawatan, kemalangan, hilang upaya, kematian dan sebagainya.


Insuran mampu melindungi mereka daripada terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi bukan saja untuk diri sendiri bahkan keluarga, khususnya bagi mereka yang sudah berumah tangga.


Ketika ini, ada pelbagai jenis insuran diperkenalkan. Ada yang cenderung untuk kesihatan semata-mata, ada juga yang lebih menyeluruh termasuk membabitkan perlindungan hayat termasuk pendidikan anak.




Tuesday, June 3, 2008

Perunding Takaful & Insurans Diperlukan

JAWATAN KOSONG

Kami memerlukan anda untuk mengisi jawatan sebagai Perunding Insurans dan Takaful (Sepenuh Masa/Separuh Masa)

INSENTIF DAN FAEDAH

+ Elaun sehingga RM3,000 sebulan
+ Komisen dan bonus tahunan yang lumayan
+ Peluang kenaikan pangkat dan pendapatan tanpa had
+ Insentif melancong ke luar negara
+ Latihan percuma (latihan selepas waktu bekerja dan hujung minggu)
+ Pejabat berdekatan LRT Tmn. Bahagia (Caw. Taman SEA), Petaling Jaya

SYARAT KELAYAKAN

+ Berumur 23 tahun dan ke atas
+ Pendidikan minima SPM
+ Pengalaman tidak diperlukan
+ Mempunyai semangat dan jati diri yang kuat
+ Komited, rajin, jujur dan amanah.

Prudential : Jenama Insurans Paling Dipercayai di Malaysia
















































Monday, June 2, 2008

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN)


Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) was given the approval to operate a Takaful business from Bank Negara Malaysia in early 2006. PruBSN is a partnership between Prudential Holdings (Prudential) and Bank Simpanan Nasional (BSN), two financially strong companies in their respective fields of expertise.

Founded in 1848, Prudential began as a leading life and pensions provider in United Kingdom. Today, it is one of the world's largest financial services group. Through Prudential Assurance, the Prudential brand has been in Malaysia for over 80 years. BSN, launched in 1974, has today a 9 million customer base serviced by 5,100 employees in nearly 400 branches nationwide. It is a statutory body under the Ministry of Finance.

The partnership provides a solid structure for PruBSN in view of Prudential Assurance's strength in agency distribution as well as BSN's impressive corporate presence. The strong branding and identity of the two companies have created a vast opportunity for PruBSN to accelerate the growth of the Takaful industry in the country.

PruBSN's vision is to be a world class Shariah compliant financial solutions provider . We would also like to instill the importance of family value and the spirit of togetherness amongst its employees, partners and customers because in PruBSN, We Understand, We Care.

Konsep Takaful

Takaful ialah satu konsep bantuan bersama berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan Tabarru' (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa diperlukan.